Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label ARTIS MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label ARTIS MALAYSIA. Show all posts

(VIDEO INSIDEN) [SETEMPAT] Pelakon Drama Popular ''Rindu Awak 200%'' Dicekup. Hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi mendapati selebriti yang dikenali dengan Nur...



Dalam sebuah portal hiburan melaporkan, saksi pertama untuk kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, Mohd Radzi Saliman, 30, memberitahu mahkamah yang pelakon itu mengakui wanita yang ada bersamanya di dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah teman wanitanya.


"Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap.

 Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut."

"Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis 'boxer' sahaja.

VIDEO

LINK PROBLEM



Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya," katanya lagi pada proses prosidingg di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada petang Selasa.

Pada 16 Mei tahun lalu, JAIS dalam satu kenyataan medianya mengesahkan mereka telah menahan Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle atas tuduhan khalwat dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Farah sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan penangkapan khalwat mereka pada 13 November tahun lalu. Mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika Farah gagal membayar denda.

ARTIS HAMIL DICEKUP BERSEKEDUDUKAN

Gambar hiasan

Kedua-dua pasangan ini dibawa ke balai polis. Kedua-duanya dibenarkan untuk diikat jamin oleh dua warga tempatan. 

Tak lama kemudian, datang dua orang lelaki untuk menjamin pasangan ini. Pasangan ini dikehendaki datang ke Jabatan Agama keesokan harinya jam 8.30 pagi. 

Sebelum dibenarkan pulang, penguatkuasa memberi amaran kepada pasangan ini supaya tidak duduk sama lagi di dalam rumah itu pada malam itu untuk mengelakkan tangkapan kedua berlaku. 

Esoknya, di Pejabat Agama, pasangan ini datang bersama dua orang penjamin. Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri. Perempuan umur lewat 20-an masih mempunyai suami tetapi sudah tidak duduk bersama suaminya hampir 2 tahun lalu. Perempuan ini sedang menuntut cerai secara fasakh di mahkamah syariah dan mempunyai peguam untuk urusan tersebut. 

Maknanya, selagi mahkamah belum membuat keputusan, dia masih dikira ada suami yang sah. Kanak-kanak itu adalah anaknya yang sah melalui perkahwinan itu. 

Lelaki pula umur 30-an berstatus duda yang sudah bercerai kira-kira tiga tahun lepas. Dia mempunyai dua orang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya. Mereka mengaku bercita-cita untuk bernikah tetapi status perempuan yang masih isteri orang menghalangnya. Katanya dia bersimpati dengan wanita ini dan nak menolong wanita ini yang tidak bekerja. 

Siapa Pengadu? Lelaki ini bertanya kepada penguatkuasa iaitu siapakah pengadu dalam kes ini sehingga mereka ditangkap. 

Lakonan dan perancangan pasangan ini yang duduk macam suami isteri sejak beberapa bulan lamanya termasuk menipu tuan rumah tersebut. Yang kena tipu juga adalah pak imam surau berkenaan yang jadi jiran dia di taman itu. 

Majlis hari raya dan marhaban juga turut naik rumah ini dan jiran-jiran percaya betul yang mereka adalah suami isteri. Kanak-kanak pula seronok dapat duit raya seringgit masa marhaban tu. Jiran tak syak lansung mereka tidak kawin rupanya. 

Soalnya siapa pengadu? Kalau dikatakan pengadu adalah jiran taman tersebut, kenapakah begitu lama, makan berbulan-bulan baru aduan dibuat kepada Jabatan Agama? 

Mungkin tidak. 

Tapi ada kemungkinan juga iaitu kalau bukan jiran, siapa pula yang pecah lubang? Pasangan ini bukanlah orang sini. Duduknya di daerah lain yang jauhnya dalam 100km juga. 

Sebenarnya, yang tahu siapa pengadu hanyalah penguatkuasa yang tertentu sahaja. Dengan aduan inilah baru penguatkuasa bertindak. Kalau tak ada aduan, takkanlah nak periksa semua rumah di setiap taman, rumah kondo, rumah panjang atau kotai.... tak mungkin. 

Maknanya ada pengadulah dan pengadu itu tak akan diberitahu kepada sesiapa. Keselamatan dan kerahsiaan pengadu itu dilindungi untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku. 

Tapi ada juga kes yang orang tahu siapa pengadu. Mulanya ingatkan siapalah yang bocorkan maklumat pengadu. Rupanya pengadu sendiri yang bukak cerita kat warung yang dialah jaguh dan wira kampung sehingga pasangan itu kena tangkap. 

Dalam hal ini penguatkuasa tak tanggunglah kalau apa-apa berlaku, sendiri tanggunglah. 

Tapi biasanya orang yang berani istihar dia pengadu bukan calang-calang orang. 

Kalau macam cerita KLGenster2, macam Malek Aeron Aziz juga atau 'abang kawasan' yang ada beberapa line. Kalau macam saya ni setakat ada line Celcom sajalah.... Hehe. 

Senang cerita kalau ada sesiapa nak mengadu pasal maksiat, mengadu sajalah kepada Jabatan Agama Johor yang ada penunggu 24 jam yang akan jawab panggilan itu. 

Sila dail 1-800-88-3072 iaitu talian bebas tol. Jangan malu, jangan takut, jangan segan kerana identiti anda dirahsiakan yer.... SEKIAN. 

Saya Tak Tahu Pula Dia Tak Boleh Bergurau Kasar - Mas Idayu

Mas Idayu menganggap tindakannya mencekik dan menyerang pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi hanyalah gurauan semata-mata.

Walaubagaimanapun Mas Idayu tidak menyangka perkara itu diambil serius Zuan yang juga wartawan rancangan hiburan popular.

"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar.


"Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

"Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya. “Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

"Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat," katanya.

Buat Zuan, jangan terlalu menyangka diri itu terlalu profesional sehingga begitu berani menyelar orang lain sesuka hati. Sesekali diri sendiri 'diterjah' oleh artis, baru rasa penangan sakit hati. Ini kali, Zuan makan hati dengan edisi bikin panasnya sendiri.

Mas Idayu memberitahu, dia ada menghubungi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa untuk meminta  maaf kepada Zuan. -Sinar

Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29

Siapa tengok AJL 29 semlam? Haaa sampai sekarang rasa nak tepuk tangan bersorak je tau, tambah-tambah dengan persembahan memukau daripada kumpulan Mojo dan Caliph Buskers! Berdiri bulu roma tengok persembahan dorang ni. Memang berjaya memukau setiap hadirin yang ada di dalam Stadium Putra, Bukit Jalil. Tahniah setahniahnya kepada Edry dengan keputusan yang dilakukannya di saat-saat akhir AJL 29. Ternyata kuasa sengatan vokal Aweera berjaya digantikan dengan sengatan vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi.
Kalau korang nak tahu, kumpulan Caliph Buskers ni hanyalah sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai insan-insan kelainan upaya, Fendy, Mohd Zaki, Nirwan Zainal, Khairul Azmi, Nor Nadira dan Syahzmeen yang sememangnya mengagumkan kami dan pastinya anda juga kan. Bakat yang luar biasa ditampilkan mereka benar-benar mengagumkan kami. Nyanyi kat tepi jalan pun dah menyentuh hati kami tau!
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Caliph Buskers
Konflik sebelum ini dalam mencari pengganti Aweera setelah “Aweera Disingkir AJL 29, Bongkar Muslihat Edry (KRU)” dan  berjaya “Mojo Tampil Dengan Vokalis Baru” dari Indonesia akhirnya berakhir dengan persembahan mantap daripada Caliph Buskers sememangnya suatu keputusan yang tidak diduga dilakukan oleh Edry Abdul Halim.

Ternyata “Mojo Ubah Strategi AJL 29, Sasar Trofi Kemenangan” membuahkan hasil malah lebih daripada satu kemenangan yang mereka peroleh. Mereka berjaya memenangi hati seluruh rakyat Malaysia. Nyata sekali, 18 Januari 2015 merupakan detik bersejarah bagi Caliph Buskers kerana diberi peluang untuk membuat persembahan nyanyian lagu Romancinta di majlis berprestij Anugerah Juara Lagu 29 sekaligus muncul sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik.
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Edry bersama vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi
Terima kasih diucapkan kepada Edry Abdul Halim kerana memberi kepercayaan dan membawa Caliph Buskers ke pentas AJL 29 ini. Tak sia-sia usaha yang anda lakukan, kami respect la bro! Menitis air mata kami dengan persembahan Mojo danCaliph Buskers.
Caliph Buskers, Pencarian Edry Berhasil Di AJL 29
Edry sempat berkongsi hasil usaha pencarian vokalis bagi kumpulan Mojo di laman Instagram
Tak perlu cakap banyak korang layan la sendiri persembahan dorang ni. Memang tidak mengecewakan!