Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label Dicabul. Show all posts
Showing posts with label Dicabul. Show all posts

VIDEO REMAJA DIROG OL BOMOH DUA KALI KETIKA RAWATAN





KAMPAR: Seorang remaja berusia 19 tahun dirogo l dua kali dalam keadaan separa sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dari Kota Damansara mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar di sekitar kampung.

“Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit bagi membuang ‘benda’ yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau.

“Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang,” katanya di sini, semalam.

Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke Kuala Kangsar kononnya untuk membuang ‘benda’ yang dikeluarkan daripada mangsa ke Sungai Perak.

“Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keterangan mangsa dan rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Kerana Video dan Gambar, Guru ini diugut oleh 2 Pelajarnya untuk tidur bersama atau disebar

BALIK PULAU – Seorang remaja mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis Khamis lalu.



Dengan pengakuan itu, mahkamah majistret di sini menetapkan 21 April depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang guru warga Perancis.

Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan itu.
Mengikut pertuduhan, remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencabul guru berusia 35 tahun itu antara jam 1.10 petang hingga 2 petang di denai hutan Taman Negara Teluk Bahang, 27 Februari lalu.
Tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Mohd Nadzri Md Isa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara jam 11 pagi hingga 9.40 malam, 16 April 2012.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bengkel Kereta Ismail di Jalan Teluk Kumbar Bayan Lepas di sini yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu dia menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu memiliki harta curi iaitu motosikal sama milik Mohd Nadzri Md Isa pada jam 5.05 petang 30 Mei 2012 di lampu isyarat Jalan Tengah, Bayan Baru.
Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Farhan Aziz memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kesalahan bagi menunggu sebutan semula kes.
Muhammad Najib kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap kesalahan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.