Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label Terpaksa. Show all posts
Showing posts with label Terpaksa. Show all posts

Kerana Video dan Gambar, Guru ini diugut oleh 2 Pelajarnya untuk tidur bersama atau disebar

BALIK PULAU – Seorang remaja mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis Khamis lalu.



Dengan pengakuan itu, mahkamah majistret di sini menetapkan 21 April depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang guru warga Perancis.

Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan itu.
Mengikut pertuduhan, remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencabul guru berusia 35 tahun itu antara jam 1.10 petang hingga 2 petang di denai hutan Taman Negara Teluk Bahang, 27 Februari lalu.
Tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Mohd Nadzri Md Isa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara jam 11 pagi hingga 9.40 malam, 16 April 2012.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bengkel Kereta Ismail di Jalan Teluk Kumbar Bayan Lepas di sini yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu dia menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu memiliki harta curi iaitu motosikal sama milik Mohd Nadzri Md Isa pada jam 5.05 petang 30 Mei 2012 di lampu isyarat Jalan Tengah, Bayan Baru.
Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Farhan Aziz memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kesalahan bagi menunggu sebutan semula kes.
Muhammad Najib kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap kesalahan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Video Lelaki Rogol Isteri Rakan Serumah Kerana Suara Isteri Rakannya Lunak



Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah.
Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini.
Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.
Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.
“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.

“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.
Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.
“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.

“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.
Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.
“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,”katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Harian metro