Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

12 SELEBRITI (ARTIS) MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI

12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi | Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.




Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

4 Gambar Jennifer Lopez Cetus Kontroversi di Red Carpet






Terkenal dengan gaya daring dan yakin dengan penampilannya, Jennifer Lopez atau JLo tidak pernah berhenti untuk tampil seksi walaupun dia sebenarnya kini sudah berusia 45 tahun!

 Tidak menghiraukan ‘kuasa graviti’ dia tampil dengan jumpsuit rona emas dengan potongan leher yang luas dan mendedahkan sebahagian daripada aset berharganya itu.


Rekaan daripada Zuhair Murad itu terletak kemas dan cantik di atas tubuhnya yang kekal menawan walaupun diusia 45 tahun ketika menghadiri acara People Magazine Awards di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California.












[TERBARU] -9GAMBAR- BERCIUM MULUT NELYDIA SENROSE DISEBARKAN RAKAN BAIKNYA.....


KEMUNCULAN laman sosial yang cukup popular di kalangan remaja kadangkala mendatangkan masalah terutamanya kepada golongan yang dikenali masyarakat. Sebelum ini pun, beberapa artis muda tempatan sudah? setelah gambar aksi yang mereka yang kurang sesuai disebarkan menerusi internet. 

Kadangkala kejadian ini berlaku bukan kerana silap mereka yang tidak berhati-hati, tetapi kerana orang lain seperti kawan-kawan mereka sendiri yang menyiarkan gambar berkenaan di laman web sosial milik mereka.

Terbaru, pelakon muda yang membintangi drama rantaian popular "Bukan aku tak cinta", nelydia senrose, 21, yang mesra dipanggil Nelly pula menjadi mangsa. Gambarnya yang sedang bercium dengan seorang jejaka yang dikatakan teman lelakinya disebarkan di laman-laman gosip. Biarpun sekeping kad diletakkan di tengah-tengah mulut tetapi gambar itu menimbulkan polemik kerana usia pelakon berkenaan yang masih terlalu muda berada dalam keadaan seperti itu. Sinar Harian menghubungi Nelly sendiri untuk meminta penjelasan daripadanya.

NELYDIA SENROSE adalah pelakon terkini 2013 dimana namanya mula naik gunung sejak berlakon di sebuah cereka rama.dan tidak lama selepas itu beliau telah pun menjadi popular dengan mencanaknya.

Sejak itu juga NELYDIA SENROSE menjadi kegilaan ramai jejaka sehinggakan carian di google menganai gambar bogel NELYDIA SENROSE,gambar seksi NELYDIA SENROSE dan macam lagi menjadi tumpuan ramai jejaka malaysia.Di bawah ini merupakan gambar-gambar NELYDIA SENROSE yang agak cun dan sangat cantik…

[Video dan Gambar] Rakaman Video Disebar Mirip Fazura



Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat  pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.


Fazura Nafi Terbabit Dalam Video Lucah

“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video luc@h. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.

[ VIDEO dan GAMBAR] Aksi Ghairah Pelakon Terkenal Tempatan Tersebar

Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.


Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam.

Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.

"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri."

Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.

Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

9 Gambar Syarifah Sakinah yang seksi dan mengoda " saya tahu hukum tutup aurat"


Gambar Syarifah Sakinah yang seksi dan mengoda " saya tahu hukum tutup aurat" JIKA dunia glamor dipilih untuk dijadikan kerjaya, setiap individu itu perlu bersedia untuk diperhatikan oleh orang awam, khususnya para peminat yang tidak pernah lekang dengan seribu satu soalan dan bermacam kritikan.


Lebih-lebih lagi apabila kritikan itu mudah disalurkan secara terus melalui laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

Tidak terlepas daripada situasi ini, pelakon Sharifah Sakinah, 25, dikatakan sengaja mengundang kontroversi apabila beberapa keping gambarnya berpakaian baju renang dimuat naik menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.

Tidak kurang juga sekeping gambar yang diambil oleh jurulatih peribadinya yang menampakkan Sakinah mengenakan pakaian renang jenis two-piece sewaktu bercuti di Dubai beberapa bulan lalu. Selain itu, pelakon yang pernah membintangi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini sering mempamerkan bentuk tubuh baharunya selepas bergiat aktif dalam bidang kesihatan.




Sewaktu berkesempatan bertemu dengannya pada majlis pelancaran Royal Slim Lishuo Magic yang berlangsung di N’dah Catering, Shah Alam, Selangor, pelakon yang lebih mesra disapa Sakinah itu mengaku bahawa dia masih ingat hukum hakam agama dan bukan sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih sebarang publisiti. Ikuti temu bual selanjutnya bersama adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu.

Kosmo!: Gambar anda mengenakan pakaian renang jenis two-piece dimuat naik oleh jurulatih anda di akaun peribadi miliknya ketika berada di Dubai. Adakah anda tidak sensitif dengan agama?

SAKINAH: Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi, saya hanya menjadi diri saya. Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar.

Adakah anda sedar bahawa anda sering diperhatikan, terutamanya oleh para peminat yang sering mengikuti perkembangan anda?

Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya berlakon kerana minat dan saya bergiat aktif dalam bidang kesihatan juga kerana minat. Bagi saya, jika setiap benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk yang akan dikeluarkan.

ARTIS HAMIL DICEKUP BERSEKEDUDUKAN

Gambar hiasan

Kedua-dua pasangan ini dibawa ke balai polis. Kedua-duanya dibenarkan untuk diikat jamin oleh dua warga tempatan. 

Tak lama kemudian, datang dua orang lelaki untuk menjamin pasangan ini. Pasangan ini dikehendaki datang ke Jabatan Agama keesokan harinya jam 8.30 pagi. 

Sebelum dibenarkan pulang, penguatkuasa memberi amaran kepada pasangan ini supaya tidak duduk sama lagi di dalam rumah itu pada malam itu untuk mengelakkan tangkapan kedua berlaku. 

Esoknya, di Pejabat Agama, pasangan ini datang bersama dua orang penjamin. Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri. Perempuan umur lewat 20-an masih mempunyai suami tetapi sudah tidak duduk bersama suaminya hampir 2 tahun lalu. Perempuan ini sedang menuntut cerai secara fasakh di mahkamah syariah dan mempunyai peguam untuk urusan tersebut. 

Maknanya, selagi mahkamah belum membuat keputusan, dia masih dikira ada suami yang sah. Kanak-kanak itu adalah anaknya yang sah melalui perkahwinan itu. 

Lelaki pula umur 30-an berstatus duda yang sudah bercerai kira-kira tiga tahun lepas. Dia mempunyai dua orang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya. Mereka mengaku bercita-cita untuk bernikah tetapi status perempuan yang masih isteri orang menghalangnya. Katanya dia bersimpati dengan wanita ini dan nak menolong wanita ini yang tidak bekerja. 

Siapa Pengadu? Lelaki ini bertanya kepada penguatkuasa iaitu siapakah pengadu dalam kes ini sehingga mereka ditangkap. 

Lakonan dan perancangan pasangan ini yang duduk macam suami isteri sejak beberapa bulan lamanya termasuk menipu tuan rumah tersebut. Yang kena tipu juga adalah pak imam surau berkenaan yang jadi jiran dia di taman itu. 

Majlis hari raya dan marhaban juga turut naik rumah ini dan jiran-jiran percaya betul yang mereka adalah suami isteri. Kanak-kanak pula seronok dapat duit raya seringgit masa marhaban tu. Jiran tak syak lansung mereka tidak kawin rupanya. 

Soalnya siapa pengadu? Kalau dikatakan pengadu adalah jiran taman tersebut, kenapakah begitu lama, makan berbulan-bulan baru aduan dibuat kepada Jabatan Agama? 

Mungkin tidak. 

Tapi ada kemungkinan juga iaitu kalau bukan jiran, siapa pula yang pecah lubang? Pasangan ini bukanlah orang sini. Duduknya di daerah lain yang jauhnya dalam 100km juga. 

Sebenarnya, yang tahu siapa pengadu hanyalah penguatkuasa yang tertentu sahaja. Dengan aduan inilah baru penguatkuasa bertindak. Kalau tak ada aduan, takkanlah nak periksa semua rumah di setiap taman, rumah kondo, rumah panjang atau kotai.... tak mungkin. 

Maknanya ada pengadulah dan pengadu itu tak akan diberitahu kepada sesiapa. Keselamatan dan kerahsiaan pengadu itu dilindungi untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku. 

Tapi ada juga kes yang orang tahu siapa pengadu. Mulanya ingatkan siapalah yang bocorkan maklumat pengadu. Rupanya pengadu sendiri yang bukak cerita kat warung yang dialah jaguh dan wira kampung sehingga pasangan itu kena tangkap. 

Dalam hal ini penguatkuasa tak tanggunglah kalau apa-apa berlaku, sendiri tanggunglah. 

Tapi biasanya orang yang berani istihar dia pengadu bukan calang-calang orang. 

Kalau macam cerita KLGenster2, macam Malek Aeron Aziz juga atau 'abang kawasan' yang ada beberapa line. Kalau macam saya ni setakat ada line Celcom sajalah.... Hehe. 

Senang cerita kalau ada sesiapa nak mengadu pasal maksiat, mengadu sajalah kepada Jabatan Agama Johor yang ada penunggu 24 jam yang akan jawab panggilan itu. 

Sila dail 1-800-88-3072 iaitu talian bebas tol. Jangan malu, jangan takut, jangan segan kerana identiti anda dirahsiakan yer.... SEKIAN. 

Jurugambar miang dikantoikan oleh model

Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.

Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.

Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.

“Saya dapat merampas kameranya untuk melihat gambar yang diambil.




“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.

“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.

Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.

Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.

“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.

Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.

Hujah mereka - model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. Credit HM