Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam Cik Bibah (nama kereta). Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 ringgit je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila RM42 dah penuh, saya pump juga sampai RM45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah-limpah keluar petrol.

Saya malas nak pergi masuk dalam minta refund lagi RM5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot-kot ada motor masuk, takde pun. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu, buat lambat-lambat sikit. Niat nak tunggu kot-kot ada motor masuk. Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20-an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada RM5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.Saya cakap, “Ambillah akak malas nak refund ke dalam.”Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul-betul macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Macam speechless gitu. Saya tanya dia, “Eh, apesal?”Dia jawab dalam menahan sebak.“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. Sebenarnya saya belum gaji, duit saya ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3 ringgit, tinggal 7 ringgit. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free.”Saya pula sedih, saya senyum je cakap, “Dah tertulis rezeki awak.”Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah banjir dalam kereta. Ya Allah, bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ, semua Allah susun sebaiknya. Sepatutnya tadi saya guna kad debit seperti biasa, isi penuh ja, (saya tak suka pi masuk bayar di dalam stesen minyak), tetapi Allah ‘arahkan’ saya pi masuk bayar RM50 kat dalam, teragak nak isi RM45 sahaja, tapi hati kata RM50 baru penuh.. rupanya betul cuma RM45 sahaja. RM5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah palingkan hati saya dari membayar RM45, sebaliknya bayar RM50. Allah dah susun dan atur cantik-cantik.Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Tercatur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu, dan itu hak dia sebenarnya, saya cuma perantara. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting, saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar-benar serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak…”

7 Foto bertudung Leez Rosli, isteri Aepul Drama Band amat meruntun jiwa

Kata orang, lepas berkahwin sememangnya akan ada perubahan dalam hidup. Iyerlah, dulu seorang kini berdua. Hidup pun terasa lebih sempurna. Semalam ketika AJL29, telah dipaparkan gambar Leez Rosli dan suaminya, Aepul Drama Band.


Apa yang menariknya, penampilan Leez pada malam itu ialah dengan imej bertudung. Tertarik melihat perubahan tersebut, Abang Nara dengan segeranya telah ‘stalk’Instagram Leez Rosli.

Gambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Leez Rosli jelas menunjukkan yang dirinya kini tampil dengan imej bertudung. Memang makin comel dan cantik. 

Untunglah Aepul mendapat isteri yang memahami tanggungjawab. Namun tidak diketahui sama ada Leez sudah berubah sepenuhnya atau masih dalam fasa percubaan. Apa-apa pun, ini adalah satu permulaan yang baik.

Semoga Leez Rosli terus istiqamah dalam bertudung. Semenjak dua menjak ini memang makin ramai selebriti muda yang berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih bagus. 

Semoga ia akan menjadi contoh kepada gadis-gadis di luar sana. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya - Beautifulnara.








Allahuakbar..!! Kebesaran dan kekuasaanNya kejadian yang memang menakjubkan Lembah Paluh Pintu Geng selepas kejadiaan banjir (2 GAMBAR)



SubhanAllah!! Kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur adalah merupakan satu ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya.


Kebesaran dan kekuasaanNya turut ditunjukkan dalam pelbagai kejadian yang berlaku dalam peristiwa bencana banjir di tersebut.

Satu peristiwa menakjubkan telah berlaku di mana senaskah Al-Quran didapati masih berada dalam keadaan baik dan tidak terkena walau setitik air pun dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Jika di lihat dari keadaan banjir di sekitar rumah tersebut, rumah tersebut telah separuh tenggelam. Namun naskah Al-Quran masih lagi dalam keadaan kering dan bersih.

Allahu Akbar!




Kejadian berlaku di Lembah Paluh Pintu Geng. 

sumber: whatsapp

4 Foto ini jadi penyebab Nazim Otham digelar lelaki paling seksi



Bagi kami, Nazim Othman tidak menepati ciri-ciri tall, dark and handsome. Sebaliknya, lebih ke arah wajah secantik K-Pop gitu.


Namun, jangkaan kami meleset apabila Nazim Othman berjaya memenuhi kriteria lelaki kacak Malaysia dengan tampil ‘gagah’ sebagai cover man sebuah majalah.

Fuh, boleh tahan maskulin juga wajah jejaka kaki selfie ni ye. Ha.. Jadi apakata gadis-gadis Malaysia? Teruja?

Sumber : Ohbulan








Allahuakbar..!!! Jasad Mayat Penumpang QZ8501 Yang ke-40 Nih..!

Allahuakbar..!!! Jasad Mayat Penumpang QZ8501 Yang ke-40 Nih..!
Lagi berita dari media Indonesia. Pencarian mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 telah memasuki hari kesebelas ini dikejutkan dengan kedatangan jenazah korban ke-40 di Rumah Sakit Sultan Imanuddin (RSSI) Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Keterkejutan semakin bertambah, setelah mengetahui jenazah yang baru tiba tersebut agak berbeza dengan puluhan jenazah sebelumnya.
1
Jika puluhan jenazah yang ditemukan hingga hari kesepuluh, kondisinya rata-rata sangat memprihatinkan karena telah membusuk dan sebagian di antaranya ada yang tidak utuh lagi. Maka jenazah yang baru dibawa ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter tersebut, kondisinya masih lengkap.
Tidak hanya lengkap, ajaibnya, saat petugas melakukan pembersihan jenazah korban yang diketahui berjenis kelamin laki-laki itu ternyata kondisinya masih baik dan tidak membusuk.
Demikian juga pakaian yang dipergunakan masih dalam kondisi utuh. Keberadaan Jenazah dalam kondisi masih utuh, korban AirAsia QZ8501, menimbulkan spekulasi, ada yang menduga jenazah itu adalah jasad Saiful Rahmad, yang merupakan teknisi AirAsia QZ8501
Syaiful Rahmat dikenal aktif mengikuti berbagai kajian majelis ilmu. Bahkan sebelum kejadian kecelakaan pesawat AirAsia, terbetik informasi tercium bau yang sangat harum, yang berasal dari tubuh Saiful
Ada lagi yang menduga, jenazah tersebut belum lama meninggal, jadi kondisinya masih baik. Keberadaan jenazah yang masih utuh, tentu bisa disebabkan hal-hal yang bersifat alamiah, namun bukan mustahil merupakan bentuk pemeliharaan dari ALLAH kepada hamba-hambanya, sebagaimana terpeliharanya jasad syuhada perang uhud. via segenapdimensi.

REAKSI IBU KEPADA GADIS YANG DI CABUL 'K-POP' !!




Sememangnya sangat menyedihkan apabila beberapa keping gambar seorang gadis bertudung dengan rela hati membiarkan dirinya dipeluk, dan kemudian dia memeluk semula anggota kumpulan Kpop, B1A4 di Mini Konsert KL Live, lewat malam tadi.
Kami tak tahu nak cakap aper dah, kalau dah minat sangat dengan artis Kpop memang sanggup buat apa sahaja untuk mendekati mereka. Inilah yang dikatakan taksub.


Nah... korang saksikan sendiri 5 keping gambar kontroversi gadis bertudung membiarkan dirinya dipeluk artis Kpop dan kemudian memeluk semula artis berkenaan.

Video Perempuan Melayu Dicabul Atas Pentas Oleh Mat #Kpop Semalam.. Astaghfirullahhal'azim...Cukup2 Menyedihkan

I Blame The Girls Themselves. Where Do U Put Your Pride As a Muslim Girl.

Memang Menjadi Kemarahan Semua Orang Di Malaysia !!






















7 Jenis Fesyen Tudung yang Memang Tidak Sepatutnya Ada Di Kongsikan Di Khalayak Ramai..!!

7 Jenis Fesyen Tudung yang Memang Tidak Sepatutnya Ada Di Kongsikan Di Khalayak Ramai..!!
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi kegilaan ramai wanita masa kini.

1. Tudung Bukit
2

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

2. Tudung Sarung Nangka
2

Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini.


3. Tudung Alien
2

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]



4. Tudung Papa Kedana
2

Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ini adalah golongan budak sekolah (tak semua, tapi sebilangan yang dipaksa pakai tudung). Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…


5. Tudung Siput
2

Ini, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada jugak ni. Pelik betul…


6. Tudung Retis
2

Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ini adalah idola untuk dijadikan ikutan. Apa salahnya pakai tudung yang cantik macam Wardina ke,  Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ker..


7. Tudung Muslimah
2
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]