Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label pasangan khalwat kantoi. Show all posts
Showing posts with label pasangan khalwat kantoi. Show all posts

(VIDEO INSIDEN) [SETEMPAT] Pelakon Drama Popular ''Drama bersiri Adam dan Hawa'' Dicekup. Hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi mendapati selebriti yang dikenali dengan Sha...



Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. – Malaysiakini
Malah menurut laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini ditangkap khalwat bukan bersama tunangnya.
Siapakah agaknya he??

Penjawat awam ini dipecat dan malu gara-gara tindakan nekad bekas kekasihnya (31 Gambar)

BALIK PULAU – Seorang remaja mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga malaysia Khamis lalu.




Guru Wanita dicabul pelajar 17 tahun
Dengan pengakuan itu, mahkamah majistret di sini menetapkan 21 April depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang guru warga Perancis.

Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan itu.
Mengikut pertuduhan, remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencabul guru berusia 35 tahun itu antara jam 1.10 petang hingga 2 petang di denai hutan Taman Negara Teluk Bahang, 27 Februari lalu.
Tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri sebuah motosikal jenis Modenas Kriss milik Mohd Nadzri Md Isa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di antara jam 11 pagi hingga 9.40 malam, 16 April 2012.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bengkel Kereta Ismail di Jalan Teluk Kumbar Bayan Lepas di sini yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Selain itu dia menghadapi satu pertuduhan pilihan iaitu memiliki harta curi iaitu motosikal sama milik Mohd Nadzri Md Isa pada jam 5.05 petang 30 Mei 2012 di lampu isyarat Jalan Tengah, Bayan Baru.
Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Farhan Aziz memohon agar mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kesalahan bagi menunggu sebutan semula kes.
Muhammad Najib kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap kesalahan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Anggota Bomba Pujuk Dua Beradik Ditangkap Berkhalwat

ANGGOTA bomba membantu menurunkan dua beradik yang melarikan diri ke atas bumbung.
CHANGLUN (Kedah) – Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki yang lari naik ke bumbung sebuah hotel murah setinggi hampir 20 meter untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu(PADKP) kerana disyaki berkhalwat, di sini, malam kelmarin.

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.

Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.

Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan.