Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Tertangkap Imej Makhluk Aneh Ketika Bergambar di Pantai Lagun



Tidak semua benda dapat dilihat dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan keupayaan teknologi tertentu.



Sememangnya bukannya kita sahaja yang mendiami dunia ini tetapi terdapat banyak lagi makhluk-makhluk ciptaan Allah yang boleh kita lihat dengan mata kasar, dari sebesar bukit sehinggalah sebesar zarah kuman.

Contohnya adalah makhluk halus atau makhluk dari alam yang berbeza yang kadang-kadang dapat ditangkap menggunakan lensa kamera tanpa disengajakan. Itulah yang berlaku kepada saudari Sarah Mazlan.

Ketika di Pantai Lagun berhampiran dengan Masjid Terapung, dia bergambar bersama keluarganya. Apa yang anehnya setelah gambar ditangkap, barulah menyedari akan terdapat satu keanehan pada gambar tersebut.

Sekiranya anda perhatikan di tengah-tengah akak yang berpakaian serba hitam itu terdapat satu imej seakan-akan seekor beruk. Apa yang boleh dilihat di situ rupa sahaja beruk sahaja.

Gambar ini telah dikongsikan sendiri oleh Sarah Mazlan dan dia mengakui sendiri telah menangkap gambar tersebut dan tiada apa-apa penyuntingan dilakukan olehnya.

Lagipun perkara ini sudah tidak menghairankan lagi kerana sebelum ini juga sudah terdapat kes-kes yang serupa dengan ini. Wallahualam..

Gempar!!! Peristiwa Aneh Yang Berlaku Di Johor Bahru Malam Tadi...





Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.


"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.

Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).



Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.

Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh pekerja-pekerja Nepal tadi.