SEORANG isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu.
Media China melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21.
Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.
Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang.
Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur.
Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan.
Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuang ke luar tingkap.
Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu.
"Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua," katanya.
Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil.
Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.
Fan ditemani kekasihnya ketika menerima rawatan di hospital.
Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan.
"Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu," katanya.
Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.
0 comments:
Post a Comment